CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 27 January 2009

12 Zodiak Mempersembahkan Cinta Mereka

Semua orang bercakap jangan tunjukkan kasih syg masa hari kekasih sahaja, hari2 punkena tunjukkan kasih syg pada org yg disayangi. Jom kita tgk bagaimana 12 zodiak mempersembahkan cinta mereka.


ARIES

Apabila baru berkenalan dengan anda, Aries akan menggunakan tindakannya untuk menunjukkan betapa dia syg pada anda. Dia akan menggunakan pelbagai cara untuk menambat hati anda. Selepas berjaya menambat hati anda, dia akan menggunakan kasih sayangnya pula.

LEO

Leo akan memberi yg terbaik untuk anda. Dari segi pemakaian , pemakanan, kediaman dan lain2 yg anda inginkan. Selain tu,Leo juga akan memperkenalkan anda kepada kerabatnya. Dia akan memberitahu ahli keluarganya, anda ialah calon teman yg sgt baik.

CANCER

Apabila Cancer cinta pd anda, dia sanggup masak utk anda, cuci pakaian anda, kemas rumah anda. Dia sanggup bertungkus lumus utk anda. Dia juga sanggup membeli hadiah yg anda suka asalkan harga hadiah tersebut tidak melanggar prinsip jimat cermatnya.

SCORPIO

Scorpio tidak akan meninggalkan anda. Dia begitu takut berjauhan dgn anda. Maka dia akan mgunakan cara mengongkong ataupun sentiasa memerhatikan utk menunjukkan betapanya dia syg pd anda. Anda juga dikehendaki melaporkan jadual seharian dengan dia.

PISCES

Taktik yg mereka sgt pandai ialah memberi sejambak bunga yg besar. Setiap kali berjumpa, mereka akan memberi bunga yg paling disukai anda. Anda pasti rasa gembira dan tidak akan meragui cintanya lagi. Selain itu, mereka juga sering melafazkan cinta pada anda.

CAPRICORN

Dia begitu serius menyayangi anda. Tapi walaupun syg dan cinta pd anda, dia juga perlu bekerja/belajar. Maka dia akan menggunakan masa dgn sebaiknya utk menemani anda. Beliau sgt mhargai setiap detik masa ketika menemani anda. Setiap detik masa itu melambangkan kasih syg beliau pada anda.

AQUARIUS

Cara Aquarius menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda adalah sgt istimewa dan unik. Kadang2 anda lgsg tidak dapat merasai cintanya. Tp kadang2 anda pasti diserang sakit jantung krn beliau yg sgt aneh dgn cintanya.

SAGITTARIUS

Sagittarius sudah biasa bergerak bebas dan mempunyai kawan yg ramai. Apabila beliau membawa anda berkumpul dgn kawan2nya, ini bermakna beliau syg pd anda. Satu cara lagi beliau menunjukkan kasih sygnya ialah melalui gurauan.

LIBRA

Cara Libra menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda ialah 24 jam bersama2 anda. Anda dan dia umpama kembar siam yg tidak boleh dipisahkan. Walaupun kelihatan sgt bahagia, tp kadang2 rasa tiada kebebasan dan ruang utk diri sendiri.

GEMINI

Setiap hari Gemini akan melafazkan cintanya pada anda. Beliau akan buat demikian sehingga anda tidak meragui cintanya lagi. Namun demikian, Gemini pun selalu bercakap "I Love You" atau pun "Saya sayang pada mu" pada org lain.

VIRGO

Jgn salahkan dia kerana dia asyik membebel saja. Kalau dia tidak dpt mbuat demikian, dia akan anggap dirinya tidak menyayangi anda. Ini adalah caranya menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda dgn stiasa membebel.

TAURUS

Taurus yg syg dan cinta pada anda pasti akan membawa anda makan di restoren yg mahal. Dia juga akan memberi barangan yg anda inginkan. Bg Taurus, mereka akan menggunakan kemewahan utk menunjukkan kasih syg mereka pada anda.

Saturday 24 January 2009

Selamat Datang Ke Coffee House 12 Zodiak...

Selamat datang ke Coffee House 12 Zodiak. Sekarang mempersilakan Mocainu memperkenalkan keistimewaan 12 jenis kopi mengikut zodiak... (Ikut produk kopi Jepun kot) dan mungkin anda boleh cuba minum kopi ni.. mgkn anda menyukainya.. hehe mana nak cari?? Jepun la kot.. hahaha


Aquarius (21/1 - 19/2)

Pelayan anda: Mocainu

Personaliti Mocainu: Sangat peramah, terus terang dan baik hati. Aquarius mempunyai daya analisis yang sangat tajam. Mereka boleh membuat keputusan yang tepat dalam apa jua keadaan. Mereka sangat dihormati dan suka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada org lain.


Pisces ( 20/2 - 20/3)

Pelayan anda: Cappucciinuu

Personaliti Cappucciinuu: Suka kecantikan, ikut trend terkini dan sgt mementingkan maruah. Kadang2 Pisces sgt misteri, kadang2 dia bertindak terlalu peramah. Mereka suka berada dlm dunia imiginasi sendiri dan tidak suka bersosial dengan org lain. Namun demikian, mereka sgt mempercayai org lain.


Aries (21/3 - 20/4)

Pelayan anda: Brazil Ken

Personaliti Brazil Ken: Suka bersukan. Bola sepak merupakan sukan kegemarannya. Mereka suka menang. Aries juga pandai bercakap. Apabila mereka telah mempunyai sasaran dan matlamat mereka tidak ragu2 utk bertindak. Walaupun mereka mementingkan diri sendiri, tapi mereka sgt ikhlas ketika berkawan.


Taurus (21/4 - 22/5)

Pelayan anda: American Wanko

Personaliti American Wanko: Agak malas dan suka berendam dalam air panas. Taurus mengejar akan sesuatu yg realiti dan bukannya sesuatu yg khayalan. Mereka tidak suka berangan-angan. Apabila mempunyai masa, mereka akan berusaha mencari wang ringgit. Mereka pandai mencari wang dan pandai menikmatinya.


Gemini (22/5 - 21/6)

Pelayan anda: Kiliwanjaro

Personaliti Kiliwanjaro: Walaupun agak manja tapi sangat comel. Gemini ialah seorang yang sgt humor. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang sgt kuat. Mereka suka bersosial. Tempat yg ada Gemini pasti akan menjadi sgt meriah. Walaupun Gemini beremosi namun mereka sgt ceria.


Cancer (22/6 - 23/7)

Pelayan anda: Hawaii Kona Ken

Personaliti Hawaii Kona Ken: Sangat peramah dan ceria. Cancer mempunyai naluri seorang ibu, maka dia suka menjaga dan melindungi orang lain. Mereka melayan orang lain dengan adil dan sama rata. Disebabkan Cancer terlalu suka menjaga orang lain, maka menimbulkan masalah kepada orang lain.


Leo (24/7 - 23/8)

Pelayan anda: Blue Mountain no 1

Personaliti Blue Mountain no 1: Kopi Blue Mountain merupakan kopi no 1 dan mempunyai sikap mcm Leo yang berani dan tidak takut dengan masalah yang dihadapinya. Mereka mampu bertindak seorang diri dengan cara yg sgt unik dan luar biasa. Apabila seorang diri, mereka akan rasa sunyi dan emosi tidak stabil.


Virgo (24/8 - 23/9)

Pelayan anda: Special Blend Ken

Personaliti Special Blend Ken: Walaunpun peramah tapi sukar untuk bergaul. Virgo sgt pandai menghargai. Mereka sering mengeluarkan koleksi mereka. Mereka sambil lap koleksi mereka sambil mengenang masa lampau. Virgo sgt bertanggungjawap. Mereka tidak pernah buat kerja setengah jalan.


Libra ( 24/9 - 23/10)

Pelayan anda: Wancocoa

Personaliti Wancocoa: Sangat peramah walaupun kadang2 suka buat ikut gerak hatinya. Libra sgt pandai mengawal perasaan. Mereka tidak mudah marah. Mereka sgt pandai menghargai persahabatan mereka. Libra sgt mendapat kepercayaan daripada kawan2nya. Mereka bersikap adil dan tidak pilih kasih.


Scorpio (24/10 - 22/11)

Pelayan anda: Vienner Coffee Inu

Personaliti Vienner Coffee Inu: Mereka hanya berminat terhadap perkara yg mereka minat. Scorpio tidak akan bodek seseorang tapi tidak tegas dgn pendirian mereka. Mereka dapat mengharukan orang lain dengan caranya yg tersendiri. Scorpio menganggap anda sebagai kawannya dan dia akan menghargai persahabatan ini buat selama-lamanya.


Sagittarius (23/11 - 22-12)

Pelayan anda: Cafe' Latte Ken

Personaliti Cafe' Latte Ken: Suka bermanja tapi tidak mempunyai kesabaran. Sagittarius suka melakukan apa2 yg tiada konkongan. Mereka sukakan kebebasan. Mereka akan berusaha buat apa yg mereka minat. Sagittarius sgt ceria dan tidak berdendam. Mereka suka memberi bantuan walaupun org tersebut tidak suka dengannya.


Capricon (23/12 - 22/1)

Pelayan anda: Mild Ken Blend

Personaliti Mild Ken Blend: Sangat romantik dan mudah puas hati. Capricon sgt peramah. Mereka juga mempunyai tahap kesabaran yg sgt tinggi terutamanya terhadap perkara yg mereka suka. Mereka akan berusaha utk mencapai matlamat. Mereka sgt menghargai kebahagiaan yg mereka miliki.





Thursday 22 January 2009

Lelaki Yang Paling Disayangi Oleh 12 Zodiak

Sekarang mari kita lihat ciri2 kaum Hawa yang bernaung bawah Zodiak mereka dan kaum Adam bawah Zodiak mana yang sesuai untuk mereka.

ARIES

Wanita Aries mengagung-agungkan cinta. Percaya pada cinta pandang pertama adalah abadi. Mempunyai mata yang lembut dan bersinar.

Lelaki Pisces yang lembut dapat memberi kebahagian kepadanya.

TAURUS

Wanita Taurus menitik beratkan lelaki yang matang dan serious dalam perhubungan.

Lelaki Aquarius yang prihatin dalam semua perkara merupakan pasangan ideal bagi Taurus.

LEO

Wanita Leo amat suka lelaki yang mendengar segala katanya tanpa bantahan.

Lelaki Taurus pandai membuat keputusan, menjaga maruah dan sering bergurau senda dengan wanita Leo.

VIRGO

Wanita Virgo sangat kagum dengan lelaki yang cerdik pandai dan memberi keselamatan kepadanya.

Lelaki Capricon matang, rajin dan mampu memberi masa depan yang cerah kepada wanita Virgo.

SAGITTARIUS

Wanita Sagittarius mempunyai ramai peminat. Tapi wanita Sagittarius tidak berani menerima cinta mereka.

Lelaki Leo sangat peramah apabila dia sudah jatuh cinta sehingga wanita Sagittarius tidak dapat menolak cintanya.

CAPRICON

Wanita Capricon sering berasa bosan tapi sentiasa mengidamkan percintaan yang romantik.

Lelaki Gemini selalu membuat waniat Capricon ketawa dengan humornya.

CANCER

Wanita Cancer memang berharap disayangi dan dibelai sepanjang masa.

Lelaki Virgo sanggup memikirkan pelbagai cara untuk menyayangi wanita Cancer.

GEMINI

Wanita Gemini mempunyai permintaan yang tinggi terhadap fizikal dan paras rupa.

Lelaki Libra yang dapat memenuhi permintaan tinggi ini kerana kacak dan peyabar.

SCORPIO

Wanita Scorpio sangat berkuasa. Bukan semua lelaki boleh bertahan dengannya.

Lelaki Sagittarius sanggup melakukan semua kerja rumah untuk wanita Scorpio.

LIBRA

Wanita Libra yang mementingkan kebendaan dalam menikmati segala-galanya.

Lelaki Aries sangat setia dan sanggup bekerja keras demi memberi kebahagiaan kepada kekasihnya.

PISCES

Wanita Pisces seorang yang lemah lembut dan inginkan lelaki yang sanggup berusaha demi masa depan.

Lelaki Cancer yang mempunyai perancangan masa depan dan amat menepati citarasa wanita Pisces.

AQUARIUS

Wanita Aquarius seorang yang sanagt dingin. Dia memerlukan orang lain yang berbual-bual dengannya.

Lelaki Scorpio pula pandai mengambil hati, bertanggungjawab dan sanggup lakukan apa2 saja untuknya.

Zodiak Yang Paling Diminati...

Dalam banyak-banyak Zodiak... Rasa-rasanya orang yang bernaung bawah zodiak mana yang paling diminati orang? Hehe mari kita lihat.... Zodiak mana yang paling diminati.


Pertama: Aquarius

Berdikari, bertimbang rasa, mempunyai pendirian diri dan mempunyai perasaan ingin tahu yang amat kuat. Inilah ciri2 yang ada pada Aquarius. Anda boleh berjenaka dengan org lain terutamanya kaum lelaki. Anda merupakan kawan baik kepada kaum lelaki. Tambahan pula anda seorang yang memahami orang lain, membuat ramai orang yang berminat pada anda.


Kedua: Gemini

Gemini suka bermanja2. Dia sangat popular di kalangan lelaki, namun kaum perempuan pula tidak benci ataupun cemburu dengannya. Gemini mempunyai cara yang tersendiri untuk bersosial dengan kawan lelaki dan kawan perempuan. Semua orang sayang dengan Gemini.

Ketiga: Aries

Daya tarikan yang paling mengancam adalah naif. Aries tidak pedulikan pandangan orang lain padanya. Apabila sedih, dia akan menangis kuat2! Apabila gembira, dia akan ketawa kuat2! Mulut mereka sangat manis dan sangat peramah dan suka menolong orang lain. Kaum lelaki akan terpukau apabila bersama2 dengan Aries.


Keempat: Pisces

Pisces sangat romantik. Dia sering berkhayal. Apabila dia berada dlm keadaan berkhayal, rupanya sgt ayu dan ramai lelaki yg tergoda dgn pandangan matanya. Pisces sgt lemah lembut dan mudah mengalirkan air mata. Lelaki manakah yg tidak ingin melindungi wanita ini?


Kelima: Capricon

Orang yang setia dan tabah. Mereka merupakan kekasih yang boleh diharap. Semakin meningkat umur Capricon semakin ramai orang yang berminat pada mereka. Faktor yang membuatkan mereka diminati ialah dapat membuat keputusan yang baik dalam keadaan yang paling huru-hara.

Keenam: Cancer

Cancer seorang yg bersopan santun, mempunyai senyuman yang manis serta lemah lembut merupakan ciri2 yg dapat mbuat ramai orang tertarik dengannya. Namun, personaliti Cancer yg pendiam dan tidak suka bergaul dgn org yg tidak dikenali telah menambahkan daya tarikan misterinya.

Ketujuh: Libra

"Menggunakan kecantikan yang ada utk menggoda orang lain" Inilah pandangan serong pada Libra. Sebenarnya Libra yg suka berhias dan mementingkan penampilan berbuat demikian semata2 utk dirinya. Peminat2 Libra biasanya dr golongan berani dan kasar.


Kelapan: Leo

Semua orang tahu Leo ialah seorang yang sukar utk didamping. Leo mpunyai permintaan yg tinggi dan mengejar kesempurnaan dalam semua perkara yg dilakukan. Tapi, apabila Leo telah jatuh cinta kepada seseorang, dia sanggup melakukan apa sahaja utk si dia yg tersayang.

Kesembilan: Taurus

Seorang yg jujur, penyayang, ikhlas melayan semua org. Walaupun si dia mengamuk, Taurus masih lagi bersabar dgn karenahnya. Sikapnya yg penyabar telah mbuat si dia berasa bersalah. Mgkn ini adalah taktik Taurus. Peminat2 Taurus biasanya kawan yg telah dikenali ataupun rakan sekerja.

Kesepuluh: Sagittarius

Sikap yg tidak mudah mengalah walaupun berkali2 mengalami kekalahan. Inilah sikap yg mbuat org lain tertarik dgnnya. Cinta pandang pertama selalu berlaku ke atas Sagittarius. Tapi anda tidak pandai menguruskan percintaan, menyebabkan setiap kali pun tamat dgn perpisahan.

Kesebelas: Virgo

Sebenarnya anda mharapkan ramai org yg menyayangi anda. Anda berharap dibelai oleh semua org. Tetapi anda memakai topeng yg tabah utk melindungi hati anda yg sepi. Tambahan anda pula seorang yg kuat mbebel terhadap kenalan yg rapat. Ini menyebabkan orang takut mdekati anda.

Kedua belas: Scorpio

Anda sering tidak bercakap. Tapi apabila anda bercakap pasti 100% menyinggung hati org lain. Kadang2 anda suka menyindir org lain. Anda dinasihatkan utk mengubah sikap anda itu agar peminat anda tidak cabut.


Komen saya:

Erkk Gemini suka bermanja2 dan popular dikalangan lelaki?? hehehe knp sy x rasa sy ni manja dah popular? hahaha totally opposite je rasanya.. anyway I like when everyone love me..