CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 27 January 2009

12 Zodiak Mempersembahkan Cinta Mereka

Semua orang bercakap jangan tunjukkan kasih syg masa hari kekasih sahaja, hari2 punkena tunjukkan kasih syg pada org yg disayangi. Jom kita tgk bagaimana 12 zodiak mempersembahkan cinta mereka.


ARIES

Apabila baru berkenalan dengan anda, Aries akan menggunakan tindakannya untuk menunjukkan betapa dia syg pada anda. Dia akan menggunakan pelbagai cara untuk menambat hati anda. Selepas berjaya menambat hati anda, dia akan menggunakan kasih sayangnya pula.

LEO

Leo akan memberi yg terbaik untuk anda. Dari segi pemakaian , pemakanan, kediaman dan lain2 yg anda inginkan. Selain tu,Leo juga akan memperkenalkan anda kepada kerabatnya. Dia akan memberitahu ahli keluarganya, anda ialah calon teman yg sgt baik.

CANCER

Apabila Cancer cinta pd anda, dia sanggup masak utk anda, cuci pakaian anda, kemas rumah anda. Dia sanggup bertungkus lumus utk anda. Dia juga sanggup membeli hadiah yg anda suka asalkan harga hadiah tersebut tidak melanggar prinsip jimat cermatnya.

SCORPIO

Scorpio tidak akan meninggalkan anda. Dia begitu takut berjauhan dgn anda. Maka dia akan mgunakan cara mengongkong ataupun sentiasa memerhatikan utk menunjukkan betapanya dia syg pd anda. Anda juga dikehendaki melaporkan jadual seharian dengan dia.

PISCES

Taktik yg mereka sgt pandai ialah memberi sejambak bunga yg besar. Setiap kali berjumpa, mereka akan memberi bunga yg paling disukai anda. Anda pasti rasa gembira dan tidak akan meragui cintanya lagi. Selain itu, mereka juga sering melafazkan cinta pada anda.

CAPRICORN

Dia begitu serius menyayangi anda. Tapi walaupun syg dan cinta pd anda, dia juga perlu bekerja/belajar. Maka dia akan menggunakan masa dgn sebaiknya utk menemani anda. Beliau sgt mhargai setiap detik masa ketika menemani anda. Setiap detik masa itu melambangkan kasih syg beliau pada anda.

AQUARIUS

Cara Aquarius menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda adalah sgt istimewa dan unik. Kadang2 anda lgsg tidak dapat merasai cintanya. Tp kadang2 anda pasti diserang sakit jantung krn beliau yg sgt aneh dgn cintanya.

SAGITTARIUS

Sagittarius sudah biasa bergerak bebas dan mempunyai kawan yg ramai. Apabila beliau membawa anda berkumpul dgn kawan2nya, ini bermakna beliau syg pd anda. Satu cara lagi beliau menunjukkan kasih sygnya ialah melalui gurauan.

LIBRA

Cara Libra menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda ialah 24 jam bersama2 anda. Anda dan dia umpama kembar siam yg tidak boleh dipisahkan. Walaupun kelihatan sgt bahagia, tp kadang2 rasa tiada kebebasan dan ruang utk diri sendiri.

GEMINI

Setiap hari Gemini akan melafazkan cintanya pada anda. Beliau akan buat demikian sehingga anda tidak meragui cintanya lagi. Namun demikian, Gemini pun selalu bercakap "I Love You" atau pun "Saya sayang pada mu" pada org lain.

VIRGO

Jgn salahkan dia kerana dia asyik membebel saja. Kalau dia tidak dpt mbuat demikian, dia akan anggap dirinya tidak menyayangi anda. Ini adalah caranya menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda dgn stiasa membebel.

TAURUS

Taurus yg syg dan cinta pada anda pasti akan membawa anda makan di restoren yg mahal. Dia juga akan memberi barangan yg anda inginkan. Bg Taurus, mereka akan menggunakan kemewahan utk menunjukkan kasih syg mereka pada anda.

0 comments: