CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 18 March 2009

Indeks Cemburu Lelaki Mengikut Zodiak..

Holla,

Uih lamanya dah tak update blog nie.. nampak sangat aku sedang kesibukan buat apa tah.. hehe.. Sebenarnya selalu ingat nak update blog nie.. cuma bila "M" (malas) terlalu besar ianya mengatasi segala2nya...

Ok, sekarang mari kita lihat tahap cemburu seorang lelaki mengikut bintang yang mereka bernaung.. hoho aku wondering Taurus ni macam mana la agaknya tahap cemburu mereka.. tapi setau aku mereka memang sangat kuat cemburu.. moh kita tengak betul ke tak..

"Setiap orang mempunyai perasaan cemburu. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum wanita. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung disebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan"

Aquarius (21/1 - 19/2)

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Indeks: ***


Pisces (20/2 - 20/3)

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Indeks: *****


Aries (21/3 - 20/4)

Lelaki Aries mempunyai sifat diktaktor secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnya.

Indeks: **


Taurus (21/4 - 21/5)

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. Sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan uentuk memberi penjelasan kepadanya. Justify Full.

Indeks: ****


Gemini (22/5 - 21/6)

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Indeks: ****


Cancer (22/6 - 23/7)

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Indeks: *****


Leo (24/7 - 23/8)

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Indeks: **


Virgo (24/8 - 23/9)

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Indeks: ****


Libra (24/9 - 23/10)

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Indeks: *


Scorpio (24/10 - 22/11)

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Indeks: ****


Sagitarius (23/11 - 22/12)

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Indeks: ***


Capricorn (23/12 - 20/1)

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

Indeks: ***


2 comments:

Aurora said...

Macam pelik je penjelasan cemburu utk laki Gemini.. Indeks cemburu lelaki Gemini kurang berbanding zodiak lain.. tp knp indeks dia tinggi? 4* pula tu.. ish ish ish mcm ada ralat je.. hehe

Gema Parfum said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah elmu.

Gema Parfum
Memilih Parfum Berdasarkan Zodiak


--------------