CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 25 March 2009

Watak wanita mengikut hari lahir ...

Ok kali ni aku nak update blog ni lain dari yang lain.. hehe kira tiada kaitan pun dengan zodiak..

Tapi korang pernah dengar pasal Tajul Muluk??

Tajul Muluk sangat sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu untuk menafsirkan watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan seharian.

Dalam Kitab Tajul Muluk ini ada memperkatakan mengenai tabiat wanita dalam seminggu mengenai hari kelahiran mereka. Watak dan pendirian diri, kehebatan cinta atau personaliti mereka mengikut hari mereka dilahirkan.

Sekarang mari kita lihat ciri-ciri wanita yang dilahirkan pada hari-hari tersebut.. (Jangan la percaya juga k.. hanya sekadar pengetahuan)

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, hati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi, pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.

****

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu sahaja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan dan mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

****

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai menyimpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang berpengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit, tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.

****

KHAMIS

Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.

****

JUMAAT

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku keselahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadang kala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.

****

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.

****

AHAD

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang, tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus, tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rjain berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.

Wednesday 18 March 2009

Indeks Cemburu Lelaki Mengikut Zodiak..

Holla,

Uih lamanya dah tak update blog nie.. nampak sangat aku sedang kesibukan buat apa tah.. hehe.. Sebenarnya selalu ingat nak update blog nie.. cuma bila "M" (malas) terlalu besar ianya mengatasi segala2nya...

Ok, sekarang mari kita lihat tahap cemburu seorang lelaki mengikut bintang yang mereka bernaung.. hoho aku wondering Taurus ni macam mana la agaknya tahap cemburu mereka.. tapi setau aku mereka memang sangat kuat cemburu.. moh kita tengak betul ke tak..

"Setiap orang mempunyai perasaan cemburu. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum wanita. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung disebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan"

Aquarius (21/1 - 19/2)

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Indeks: ***


Pisces (20/2 - 20/3)

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Indeks: *****


Aries (21/3 - 20/4)

Lelaki Aries mempunyai sifat diktaktor secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnya.

Indeks: **


Taurus (21/4 - 21/5)

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. Sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan uentuk memberi penjelasan kepadanya. Justify Full.

Indeks: ****


Gemini (22/5 - 21/6)

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Indeks: ****


Cancer (22/6 - 23/7)

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Indeks: *****


Leo (24/7 - 23/8)

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Indeks: **


Virgo (24/8 - 23/9)

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Indeks: ****


Libra (24/9 - 23/10)

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Indeks: *


Scorpio (24/10 - 22/11)

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Indeks: ****


Sagitarius (23/11 - 22/12)

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Indeks: ***


Capricorn (23/12 - 20/1)

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

Indeks: ***


Saturday 7 February 2009

Indeks Cantik & Kacak 12 Zodiak..

Lama tak update blog nie.. agak bz lately nie..

Sekarang mari kita lihat siapa yg cantik or kacak.. Muahaha boleh tak nak tau gemini kategori mana tah cun ke tak.. Korang pun mesti nak tau juga kan.. anyway jgn la percaya sgt.. Kalu indeks korang tinggi.. jgn pula kembang hidung.. kepada yg indeks rendah.. ala relaks laaa, bukan betul.. Setiap manusia tu cantik dan menarik k.

Oleh kerana ada sepupu aku yg tak puas hati sbb Taurus asyik dicerita last jee.. skrg kita mulakan dgn Taurus dulu k..

TAURUS

Lelaki 25%: Lelaki Taurus langsung tiada ciri-ciri kacak. Walaupun beliau tidak kacak, namun beliau ialah seorang yg sgt baik hati. Semua org suka berkawan dgnnya.

Perempuan 55%: Walau pun perempuan Taurus hanyalah dalam kategori normal saja, namun beliau mempunyai tarikan yang amat unik.


LIBRA

Lelaki 90%: Lelaki Libra bukan sahaja kacak, tapi mpunyai sikap peramah dan mudah mesra dgn semua org.

Perempuan 89%: Perempuan Libra sgt sempurna dari semua segi. Mereka mempunyai paras rupa yg cantik dan kebijaksanaan.


SAGITTARIUS

Lelaki 90%: Kebanyakkan lelaki Sagittarius mempunyai paras rupa yg kacak semulajadi. Merekalah lelaki yg paling kacak antara 12 zodiak.

Perempuan 80%: Perempuan Sagittarius sgt aktif, comel dan peramah. Sifat semulajadi telah mbuat mereka kelihatan sgt cantik.


ARIES

Lelaki 75%: Lelaki Aries mpunyai sidat semulajadi yg mampu memukau orang. Anda pasti tidak akan lupakan paras rupa beliau.

Perempuan 40%: Perempuan Aries mungkin gempal ataupun terlalu kurus kering. Tapi hakikatnya mereka adalah sangat lawa.


CAPRICON

Lelaki 75%: Lelaki Capricon mpunyai sepasang mata yang menawan. Selain itu, paras rupa mereka juga sangat seksi.

Perempuan 60%: Paras rupa perempuan Capricon kelihatan biasa sahaja. Tapi mereka mpunyai ciri2 keanggunan yg org lain tak ada.


LEO

Lelaki 50%: Lelaki Leo sgt suka mengawal dan mengongkong. Sikap beliau ini telah mbuat orang lain menganggap beliau sangat bergaya.

Perempuan 70%: Perempuan Leo juga mempunyai kecantikan yg semulajadi. Tambahan pula dgn keanggunannya telah mbuat beliau sentiasa disanjungi.


SCORPIO

Lelaki 75%: Lelaki Scorpio mpunyai paras rupa yg sgt kacak. Namun mereka adalah lelaki yg sgt misteri.

Perempuan 75%: Perempuan Scorpio kebanyakannya sgt seksi. Mereka mempunyai tarikan yg tersendiri.


PISCES

Lelaki 80%: Lelaki Pisces adalah lelaki yg ceria. Mereka sgt disukai oleh ramai.

Perempuan 85%: Perempuan Pisces adalah seorang perempuan yg perlu dilindungi. Mereka mempunyai sepasang mata besar yg mampu membuat anda tertarik dengannya.


CANCER

Lelaki 60%: Lelaki Cancer sgt anggun dan paras rupanya dpt byk tarikan.

Perempuan 75%: Perempuan Cancer ialah jenis perempuan yg lemah lembut dan bersopan santun.


GEMINI

Lelaki 25%: Walaupun bukan lelaki kacak, namun ramai perempuan yg suka berdamping dengannya. Beliau mempunyai taktik tersendiri yg mampu mbuat dirinya popular.

Perempuan 88%: Kecantikan perempuan Gemini adalah yang semulajadi. Perempuan Gemini mempunyai mata yg cantik dan kulit yg gebu.


VIRGO

Lelaki 46%: Paras rupa yg biasa saja. Tapi sifat prihatin dan suka mengambil berat akan org lain telah mbuatkan beliau disukai ramai.

Perempuan 50%: Perempuan Virgo ada yg cantik dan ada yg biasa saja. Namun semua perempuan Virgo mempunyai senyuman yg sgt menawan.


AQUARIUS

Lelaki 50%: Walaupun lelaki Aquarius bukan tergolong dlm kategori kacak, namun mereka mempunyai tarikan tersendiri.

Perempuan 70%: Perempuan Aquarius sangat comel terutamanya apabila mereka senyum. Senyuman mereka mampu menambat hati org.

Tuesday 27 January 2009

12 Zodiak Mempersembahkan Cinta Mereka

Semua orang bercakap jangan tunjukkan kasih syg masa hari kekasih sahaja, hari2 punkena tunjukkan kasih syg pada org yg disayangi. Jom kita tgk bagaimana 12 zodiak mempersembahkan cinta mereka.


ARIES

Apabila baru berkenalan dengan anda, Aries akan menggunakan tindakannya untuk menunjukkan betapa dia syg pada anda. Dia akan menggunakan pelbagai cara untuk menambat hati anda. Selepas berjaya menambat hati anda, dia akan menggunakan kasih sayangnya pula.

LEO

Leo akan memberi yg terbaik untuk anda. Dari segi pemakaian , pemakanan, kediaman dan lain2 yg anda inginkan. Selain tu,Leo juga akan memperkenalkan anda kepada kerabatnya. Dia akan memberitahu ahli keluarganya, anda ialah calon teman yg sgt baik.

CANCER

Apabila Cancer cinta pd anda, dia sanggup masak utk anda, cuci pakaian anda, kemas rumah anda. Dia sanggup bertungkus lumus utk anda. Dia juga sanggup membeli hadiah yg anda suka asalkan harga hadiah tersebut tidak melanggar prinsip jimat cermatnya.

SCORPIO

Scorpio tidak akan meninggalkan anda. Dia begitu takut berjauhan dgn anda. Maka dia akan mgunakan cara mengongkong ataupun sentiasa memerhatikan utk menunjukkan betapanya dia syg pd anda. Anda juga dikehendaki melaporkan jadual seharian dengan dia.

PISCES

Taktik yg mereka sgt pandai ialah memberi sejambak bunga yg besar. Setiap kali berjumpa, mereka akan memberi bunga yg paling disukai anda. Anda pasti rasa gembira dan tidak akan meragui cintanya lagi. Selain itu, mereka juga sering melafazkan cinta pada anda.

CAPRICORN

Dia begitu serius menyayangi anda. Tapi walaupun syg dan cinta pd anda, dia juga perlu bekerja/belajar. Maka dia akan menggunakan masa dgn sebaiknya utk menemani anda. Beliau sgt mhargai setiap detik masa ketika menemani anda. Setiap detik masa itu melambangkan kasih syg beliau pada anda.

AQUARIUS

Cara Aquarius menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda adalah sgt istimewa dan unik. Kadang2 anda lgsg tidak dapat merasai cintanya. Tp kadang2 anda pasti diserang sakit jantung krn beliau yg sgt aneh dgn cintanya.

SAGITTARIUS

Sagittarius sudah biasa bergerak bebas dan mempunyai kawan yg ramai. Apabila beliau membawa anda berkumpul dgn kawan2nya, ini bermakna beliau syg pd anda. Satu cara lagi beliau menunjukkan kasih sygnya ialah melalui gurauan.

LIBRA

Cara Libra menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda ialah 24 jam bersama2 anda. Anda dan dia umpama kembar siam yg tidak boleh dipisahkan. Walaupun kelihatan sgt bahagia, tp kadang2 rasa tiada kebebasan dan ruang utk diri sendiri.

GEMINI

Setiap hari Gemini akan melafazkan cintanya pada anda. Beliau akan buat demikian sehingga anda tidak meragui cintanya lagi. Namun demikian, Gemini pun selalu bercakap "I Love You" atau pun "Saya sayang pada mu" pada org lain.

VIRGO

Jgn salahkan dia kerana dia asyik membebel saja. Kalau dia tidak dpt mbuat demikian, dia akan anggap dirinya tidak menyayangi anda. Ini adalah caranya menunjukkan kasih syg dan cinta pada anda dgn stiasa membebel.

TAURUS

Taurus yg syg dan cinta pada anda pasti akan membawa anda makan di restoren yg mahal. Dia juga akan memberi barangan yg anda inginkan. Bg Taurus, mereka akan menggunakan kemewahan utk menunjukkan kasih syg mereka pada anda.

Saturday 24 January 2009

Selamat Datang Ke Coffee House 12 Zodiak...

Selamat datang ke Coffee House 12 Zodiak. Sekarang mempersilakan Mocainu memperkenalkan keistimewaan 12 jenis kopi mengikut zodiak... (Ikut produk kopi Jepun kot) dan mungkin anda boleh cuba minum kopi ni.. mgkn anda menyukainya.. hehe mana nak cari?? Jepun la kot.. hahaha


Aquarius (21/1 - 19/2)

Pelayan anda: Mocainu

Personaliti Mocainu: Sangat peramah, terus terang dan baik hati. Aquarius mempunyai daya analisis yang sangat tajam. Mereka boleh membuat keputusan yang tepat dalam apa jua keadaan. Mereka sangat dihormati dan suka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada org lain.


Pisces ( 20/2 - 20/3)

Pelayan anda: Cappucciinuu

Personaliti Cappucciinuu: Suka kecantikan, ikut trend terkini dan sgt mementingkan maruah. Kadang2 Pisces sgt misteri, kadang2 dia bertindak terlalu peramah. Mereka suka berada dlm dunia imiginasi sendiri dan tidak suka bersosial dengan org lain. Namun demikian, mereka sgt mempercayai org lain.


Aries (21/3 - 20/4)

Pelayan anda: Brazil Ken

Personaliti Brazil Ken: Suka bersukan. Bola sepak merupakan sukan kegemarannya. Mereka suka menang. Aries juga pandai bercakap. Apabila mereka telah mempunyai sasaran dan matlamat mereka tidak ragu2 utk bertindak. Walaupun mereka mementingkan diri sendiri, tapi mereka sgt ikhlas ketika berkawan.


Taurus (21/4 - 22/5)

Pelayan anda: American Wanko

Personaliti American Wanko: Agak malas dan suka berendam dalam air panas. Taurus mengejar akan sesuatu yg realiti dan bukannya sesuatu yg khayalan. Mereka tidak suka berangan-angan. Apabila mempunyai masa, mereka akan berusaha mencari wang ringgit. Mereka pandai mencari wang dan pandai menikmatinya.


Gemini (22/5 - 21/6)

Pelayan anda: Kiliwanjaro

Personaliti Kiliwanjaro: Walaupun agak manja tapi sangat comel. Gemini ialah seorang yang sgt humor. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang sgt kuat. Mereka suka bersosial. Tempat yg ada Gemini pasti akan menjadi sgt meriah. Walaupun Gemini beremosi namun mereka sgt ceria.


Cancer (22/6 - 23/7)

Pelayan anda: Hawaii Kona Ken

Personaliti Hawaii Kona Ken: Sangat peramah dan ceria. Cancer mempunyai naluri seorang ibu, maka dia suka menjaga dan melindungi orang lain. Mereka melayan orang lain dengan adil dan sama rata. Disebabkan Cancer terlalu suka menjaga orang lain, maka menimbulkan masalah kepada orang lain.


Leo (24/7 - 23/8)

Pelayan anda: Blue Mountain no 1

Personaliti Blue Mountain no 1: Kopi Blue Mountain merupakan kopi no 1 dan mempunyai sikap mcm Leo yang berani dan tidak takut dengan masalah yang dihadapinya. Mereka mampu bertindak seorang diri dengan cara yg sgt unik dan luar biasa. Apabila seorang diri, mereka akan rasa sunyi dan emosi tidak stabil.


Virgo (24/8 - 23/9)

Pelayan anda: Special Blend Ken

Personaliti Special Blend Ken: Walaunpun peramah tapi sukar untuk bergaul. Virgo sgt pandai menghargai. Mereka sering mengeluarkan koleksi mereka. Mereka sambil lap koleksi mereka sambil mengenang masa lampau. Virgo sgt bertanggungjawap. Mereka tidak pernah buat kerja setengah jalan.


Libra ( 24/9 - 23/10)

Pelayan anda: Wancocoa

Personaliti Wancocoa: Sangat peramah walaupun kadang2 suka buat ikut gerak hatinya. Libra sgt pandai mengawal perasaan. Mereka tidak mudah marah. Mereka sgt pandai menghargai persahabatan mereka. Libra sgt mendapat kepercayaan daripada kawan2nya. Mereka bersikap adil dan tidak pilih kasih.


Scorpio (24/10 - 22/11)

Pelayan anda: Vienner Coffee Inu

Personaliti Vienner Coffee Inu: Mereka hanya berminat terhadap perkara yg mereka minat. Scorpio tidak akan bodek seseorang tapi tidak tegas dgn pendirian mereka. Mereka dapat mengharukan orang lain dengan caranya yg tersendiri. Scorpio menganggap anda sebagai kawannya dan dia akan menghargai persahabatan ini buat selama-lamanya.


Sagittarius (23/11 - 22-12)

Pelayan anda: Cafe' Latte Ken

Personaliti Cafe' Latte Ken: Suka bermanja tapi tidak mempunyai kesabaran. Sagittarius suka melakukan apa2 yg tiada konkongan. Mereka sukakan kebebasan. Mereka akan berusaha buat apa yg mereka minat. Sagittarius sgt ceria dan tidak berdendam. Mereka suka memberi bantuan walaupun org tersebut tidak suka dengannya.


Capricon (23/12 - 22/1)

Pelayan anda: Mild Ken Blend

Personaliti Mild Ken Blend: Sangat romantik dan mudah puas hati. Capricon sgt peramah. Mereka juga mempunyai tahap kesabaran yg sgt tinggi terutamanya terhadap perkara yg mereka suka. Mereka akan berusaha utk mencapai matlamat. Mereka sgt menghargai kebahagiaan yg mereka miliki.





Thursday 22 January 2009

Lelaki Yang Paling Disayangi Oleh 12 Zodiak

Sekarang mari kita lihat ciri2 kaum Hawa yang bernaung bawah Zodiak mereka dan kaum Adam bawah Zodiak mana yang sesuai untuk mereka.

ARIES

Wanita Aries mengagung-agungkan cinta. Percaya pada cinta pandang pertama adalah abadi. Mempunyai mata yang lembut dan bersinar.

Lelaki Pisces yang lembut dapat memberi kebahagian kepadanya.

TAURUS

Wanita Taurus menitik beratkan lelaki yang matang dan serious dalam perhubungan.

Lelaki Aquarius yang prihatin dalam semua perkara merupakan pasangan ideal bagi Taurus.

LEO

Wanita Leo amat suka lelaki yang mendengar segala katanya tanpa bantahan.

Lelaki Taurus pandai membuat keputusan, menjaga maruah dan sering bergurau senda dengan wanita Leo.

VIRGO

Wanita Virgo sangat kagum dengan lelaki yang cerdik pandai dan memberi keselamatan kepadanya.

Lelaki Capricon matang, rajin dan mampu memberi masa depan yang cerah kepada wanita Virgo.

SAGITTARIUS

Wanita Sagittarius mempunyai ramai peminat. Tapi wanita Sagittarius tidak berani menerima cinta mereka.

Lelaki Leo sangat peramah apabila dia sudah jatuh cinta sehingga wanita Sagittarius tidak dapat menolak cintanya.

CAPRICON

Wanita Capricon sering berasa bosan tapi sentiasa mengidamkan percintaan yang romantik.

Lelaki Gemini selalu membuat waniat Capricon ketawa dengan humornya.

CANCER

Wanita Cancer memang berharap disayangi dan dibelai sepanjang masa.

Lelaki Virgo sanggup memikirkan pelbagai cara untuk menyayangi wanita Cancer.

GEMINI

Wanita Gemini mempunyai permintaan yang tinggi terhadap fizikal dan paras rupa.

Lelaki Libra yang dapat memenuhi permintaan tinggi ini kerana kacak dan peyabar.

SCORPIO

Wanita Scorpio sangat berkuasa. Bukan semua lelaki boleh bertahan dengannya.

Lelaki Sagittarius sanggup melakukan semua kerja rumah untuk wanita Scorpio.

LIBRA

Wanita Libra yang mementingkan kebendaan dalam menikmati segala-galanya.

Lelaki Aries sangat setia dan sanggup bekerja keras demi memberi kebahagiaan kepada kekasihnya.

PISCES

Wanita Pisces seorang yang lemah lembut dan inginkan lelaki yang sanggup berusaha demi masa depan.

Lelaki Cancer yang mempunyai perancangan masa depan dan amat menepati citarasa wanita Pisces.

AQUARIUS

Wanita Aquarius seorang yang sanagt dingin. Dia memerlukan orang lain yang berbual-bual dengannya.

Lelaki Scorpio pula pandai mengambil hati, bertanggungjawab dan sanggup lakukan apa2 saja untuknya.

Zodiak Yang Paling Diminati...

Dalam banyak-banyak Zodiak... Rasa-rasanya orang yang bernaung bawah zodiak mana yang paling diminati orang? Hehe mari kita lihat.... Zodiak mana yang paling diminati.


Pertama: Aquarius

Berdikari, bertimbang rasa, mempunyai pendirian diri dan mempunyai perasaan ingin tahu yang amat kuat. Inilah ciri2 yang ada pada Aquarius. Anda boleh berjenaka dengan org lain terutamanya kaum lelaki. Anda merupakan kawan baik kepada kaum lelaki. Tambahan pula anda seorang yang memahami orang lain, membuat ramai orang yang berminat pada anda.


Kedua: Gemini

Gemini suka bermanja2. Dia sangat popular di kalangan lelaki, namun kaum perempuan pula tidak benci ataupun cemburu dengannya. Gemini mempunyai cara yang tersendiri untuk bersosial dengan kawan lelaki dan kawan perempuan. Semua orang sayang dengan Gemini.

Ketiga: Aries

Daya tarikan yang paling mengancam adalah naif. Aries tidak pedulikan pandangan orang lain padanya. Apabila sedih, dia akan menangis kuat2! Apabila gembira, dia akan ketawa kuat2! Mulut mereka sangat manis dan sangat peramah dan suka menolong orang lain. Kaum lelaki akan terpukau apabila bersama2 dengan Aries.


Keempat: Pisces

Pisces sangat romantik. Dia sering berkhayal. Apabila dia berada dlm keadaan berkhayal, rupanya sgt ayu dan ramai lelaki yg tergoda dgn pandangan matanya. Pisces sgt lemah lembut dan mudah mengalirkan air mata. Lelaki manakah yg tidak ingin melindungi wanita ini?


Kelima: Capricon

Orang yang setia dan tabah. Mereka merupakan kekasih yang boleh diharap. Semakin meningkat umur Capricon semakin ramai orang yang berminat pada mereka. Faktor yang membuatkan mereka diminati ialah dapat membuat keputusan yang baik dalam keadaan yang paling huru-hara.

Keenam: Cancer

Cancer seorang yg bersopan santun, mempunyai senyuman yang manis serta lemah lembut merupakan ciri2 yg dapat mbuat ramai orang tertarik dengannya. Namun, personaliti Cancer yg pendiam dan tidak suka bergaul dgn org yg tidak dikenali telah menambahkan daya tarikan misterinya.

Ketujuh: Libra

"Menggunakan kecantikan yang ada utk menggoda orang lain" Inilah pandangan serong pada Libra. Sebenarnya Libra yg suka berhias dan mementingkan penampilan berbuat demikian semata2 utk dirinya. Peminat2 Libra biasanya dr golongan berani dan kasar.


Kelapan: Leo

Semua orang tahu Leo ialah seorang yang sukar utk didamping. Leo mpunyai permintaan yg tinggi dan mengejar kesempurnaan dalam semua perkara yg dilakukan. Tapi, apabila Leo telah jatuh cinta kepada seseorang, dia sanggup melakukan apa sahaja utk si dia yg tersayang.

Kesembilan: Taurus

Seorang yg jujur, penyayang, ikhlas melayan semua org. Walaupun si dia mengamuk, Taurus masih lagi bersabar dgn karenahnya. Sikapnya yg penyabar telah mbuat si dia berasa bersalah. Mgkn ini adalah taktik Taurus. Peminat2 Taurus biasanya kawan yg telah dikenali ataupun rakan sekerja.

Kesepuluh: Sagittarius

Sikap yg tidak mudah mengalah walaupun berkali2 mengalami kekalahan. Inilah sikap yg mbuat org lain tertarik dgnnya. Cinta pandang pertama selalu berlaku ke atas Sagittarius. Tapi anda tidak pandai menguruskan percintaan, menyebabkan setiap kali pun tamat dgn perpisahan.

Kesebelas: Virgo

Sebenarnya anda mharapkan ramai org yg menyayangi anda. Anda berharap dibelai oleh semua org. Tetapi anda memakai topeng yg tabah utk melindungi hati anda yg sepi. Tambahan anda pula seorang yg kuat mbebel terhadap kenalan yg rapat. Ini menyebabkan orang takut mdekati anda.

Kedua belas: Scorpio

Anda sering tidak bercakap. Tapi apabila anda bercakap pasti 100% menyinggung hati org lain. Kadang2 anda suka menyindir org lain. Anda dinasihatkan utk mengubah sikap anda itu agar peminat anda tidak cabut.


Komen saya:

Erkk Gemini suka bermanja2 dan popular dikalangan lelaki?? hehehe knp sy x rasa sy ni manja dah popular? hahaha totally opposite je rasanya.. anyway I like when everyone love me..